Followers

Wednesday, June 16, 2010

Port Dickson - bercuti sekolah bersama 14 keluarga


hari pertama cuti sekolah 5 Jun 2010 kami bertolak dari destinasi berbeza menuju ke port Dickson. seramai 14 keluarga adik beradik dan anak sedara sebelah asben terlibat


semua sampai dalam jam 3 - 5 ptg ... aktiviti bebas ... santai sambil makan makan

agenda pertama kami sampai ..BBQ .. dgn bekalan yang dibawa



Lepas maghrib ..semua berkumpul ... baca doa utk arwah2
makan malam haritu nasi briyani ... dimasak oleh Puan Zainab kakak asben dari Muar



Acara cabutan bertuah dan pertukaran hadiah antara keluarga

ayoy menyampaiakn hadiah cabutan bertuah kepada rafidah diperhatikan oleh Mak Nab (caterer nasi briyani)
dan pada waktu tengah malam ...acara sembang sampai pagi dalam bilik Mak Nab .... :)

Thursday, April 08, 2010

jangan lebih 40 hari

hampir seratus hari tk kemaskini blog ... Insy. tak mau blog ni berkubur begitu sahaja.. tiba tiba teringat ...

Dalam satu majlis ilmu, ustazah menceritakan semasa Nabi Musa pergi ke Bukit Tursina, baginda telah pergi selama 40 hari .. ketika itu berlakulah peristiwa di mana salah sorang pengikut telah menggunakan sihir ke atas patung anak lembu sehingga patung tersebut boleh berkata kata .. peristiwa itu telah menyebabkan sebahagian pengikut tergugat akidah dan menyembah patung anak lembu tersebut.

(nanti akan diperbetulkan cara tulisan ini ... supaya lebih tepat ... berdasarkan buku tafsir AlBaqarah..)

Dan ustazah menyambung lagi .. berdasarkan peristiwa tsb .. sebahagian besar ulama berpendapat .. untuk menjaga aqidah kita ..maka kita janganlah lebih daripada 40 hari tidak menghadiri majlis ilmu ... ditakuti nanti aqidah/iman kita mudah tergugat maklumlaa syaitan kan dh berjanji akan sentiasa menyesatkan umat manusia ..

sekian utk post hari ini

Sunday, December 27, 2009

Hari Keluarga d Sunway Lagoon





Sampai sana jam 8+ pagi .. byk acara di atur pagi tu, sayangnyer tak sempat nak berkenalan dengan kawan kawan opis abah .. semua sibuk dengan acara & melayan anak anak mandi manda. Hari keluarga tahun ni dibuat sehari jer utk jimat kos katanya.
Sepatutnya boleh sampai petang (ptg aktiviti bebas) tapi tengahari berkejar balik sebab nak ke kenduri kawin Yatim & Ani di Surau Al Hilal (tak sempat amik gambar kenduri kawin)

hari kecemerlangan sek pandan jaya




Fahim dapat kedudukan ke 3 dalam kelas di akhir tahun .. maka dapatlah naik pentas sekolah pada hari kecemerlangan tahun ni

berbaloi juga fahim asik kena marah ngan kakak & abang ..yerlaa asik main ps2, computer games aje ... kali ni byk belajar ngan kakak & abang dan nampak perubahan meningkat

kalau belajar ngan mak memang tak jalan .. kalau fahim bertanya Insy. mak boleh tolong ..tapi kalau mak paksa suruh ulangkaji belajar memang selalu tak menjadi

harap tahun 4 dan seterusnya fahim ada inisiatif sendiri nak belajar ..

Saturday, October 31, 2009

kuih traditional dah moden

yang dijual oleh Hjh salmah (jiranku)

bekal ambil koleksi dr kg .. kakak/adik ipar bawa

gambar diambil kat rumah jiran semasa bekunjung selawat/marhaban

TART ~ walau apapun rupa mu .... tatap menjadi pojaan hati ku :)
ada lagi gambar lain ... nnti upload lg ...