Followers

Wednesday, November 12, 2008

Sambal Kacang & Rendang











Farhah berangkat ke Russia ... 21Sept ..kiranya malam 2 likor bulan Ramadan. Seramai lebih 100 orang pelajar tajaan MARA, JPA dan Maktab Tentera yang bertolak pada malam tersebut.

Kami ke KLIA pada jam 5.00 ptg sebab pihak MARA dah pesan semua pelajar kena berkumpul pd jam6.00 ptg walupun jadual penerbangan sebenar pada jam 11mlm

sebelum maghrib, ada sesi taklimat dan penyerahan surat tawaran serta dokumen yg perlu dibawa oleh pelajar diikuti dgn checkin beg

tiba waktu berbuka semua tv kat KLIA menyiarkan azan ... suasana kat KLIA memang meriah.semua keluarga yg menghantar berlonggok mencari tempat untuk membuka bekalan dan berbuka sekitar ruang legar KLIA

Yang bestnyer semua yg hantar (abah, cikNoh, MakNab, Ayoi, Firdaus, Fatin) berbuka dengan berselera sekali.. dan semua kata makanan bekal haritu sedap sedap sangat ...hehe ..agaknya berkat kot sebab masak untuk org yg berpuasa ..

dapatlah farhah makan nasi impit, rendang ayam, sambal kacang (ada isi daging) serta kuah lodeh ..kira raya lah tuu