Followers

Monday, August 24, 2009

cendol bawah pokok kat MUAR yg sedap


cendol jer tinggal dah pkul 3.00 ptg kacang dan pulut dah abis..ttp sedap dah minum, bungkus lagi
kakak kakak ipar menikmati cendol

dan anak anak sedara dan farhah
Cendol bawah pokok di Muar
lokasi: depan balai polis ..berhampiran ngan bangunan TM
memang sedap sesangat rasa cendol dan kuah gulanyerr ....
seminggu sebelum ramadan ...balik dari Bukit Serampang (kenduri tahlil & sambut ramadan) kemudian ke Muar ambil stok Perencah ..singgah sebelum meneruskan perjalanan balik BatuPahat jengah mak


Saturday, August 22, 2009

Hari Konvokesyen Firdaus





Alhamdulillah Firdaus telah berjaya menamatkan sesi pengajaran di MMU
dan mendapat segulung ijazah..TAHNIAH
Didoakan semoga terus berjaya dan mendapat ilmu bermenafaat untuk hidup di dunia dan di akhirat nanti....
buat masa ni firdaus tak mau berkerja di pejabat .. dan sedang berusaha menjadi petani moden .. moga apa yang diusahakan berjaya dan mendapat pengalaman berharga untuk bekalan sepanjang hidup..InsyaAllah

Friday, August 21, 2009

sehari sebelum konvo

kami 'terpaksa' ke Sogo kerana firdaus tak bersedia langsung untuk majlis konvo .. kena cari sepersalinan mcm pengantin ..sebab sebelum ni memang firdaus takde langsung seluar 'slack', kemeja, kasut formal ...
Ramai sungguh manusia kat Sogo ..& kat jalan TAR walaupun sekarang tengah wabak melanda


setelah pusing pusing mencari ... akhirnya tempat kat sini jugak yang berkenan ...

sempat jalan jalan tengok kasut dgn farhah ... tapi tak beli

fahim rasmikan dulu jubah mlm tu

Wednesday, August 19, 2009

Basikal RM12K


Macam macam asesori terdapat di kedai basikal ni
lokasi: Taman Nirwana Ampang
menurut cina kedai tu ...di sini tempat ahli kelab berbasikal berkumpul dan membeli peralatan untuk kelab mereka
ada gear yang berharga rm70,000 ...mahalnyer ..



basikal yang tergantung ni ... harganya RM12K

(hmm ..mak tak pandai menilai....)


kami ke kedai tersebut pagi .. kemudian pergi survey ke kedai lain plak
~~~ petangnya ..kami pergi semula ke kedai ini

abah memilih ~ mak amik gamba :)

puashati ..berkenan .. ada gear ..bila dah confirm ..
cina tu baru pasang gear & alat lain kat basikal

confirm .. angkut

fahim puashati dapat basikal baru ..ganti basikal yang hilang aritu

p/s basikal ni bukan rm12,000 yer .... ratus ratus harga nyer

Thursday, August 13, 2009

ramai yang dah pergi .....

Moga mereka semua diletakkan dikalangan roh orang orang soleh ...
moga kita juga nanti pergi dalam keadaan baik

Beberapa hari lagi Ramadan akan tiba
harini kita dikejutkan dengan pemergian Ustaz Asri Rabbani
memandangkan beliau ustaz selebriti ..ramai yang kenal ..pasti ramai yang mendoakan

beberapa minggu lalu anak angkat kepada kakak ipar pergi kerana kemalangan di Trengganu .. arwah Fendi seorang yang baik ... lembut bila bicara ..keluarga (isteri & anak anak) juga baik orangnya ..kali terakhir jumpa syawal lalu..

sebelum itu .. ibu kepada jiran (En Halim) telah kembali ... makcik ni masa ramadan lepas ..sama-sama bertadarus di surau ..masih sihat boleh jalan kaki ke surau ..tapi disaat akhir.. sakit dan disahkan ada kanser peparu .. tak lama beliau sakit

hari ini jugak ..dah >100 hari - ibu mertua kembali ..

itu yang dpt disenaraikan ... ada ramai lagi ... sepupu ... sepupu suami ..

bila waktu kita? aduh ... bersedia? ...

moga dipertemukan dengan ramadan
~~Marhaban Ya Ramadan ~~

Tuesday, August 04, 2009

gathering ahli kelab bukitjalil/kinrara/tmn equine

aksi aksi depan kamera

amik gambar kenangan ngan adikana

acara makan makan

acara tukar hadiah

gambar kenangan reramai sebelum balik


lampu yg cantik ini adalah EG yg diterima dari adikana ... suka...sgt cantik


Tahniah kepada ahli kelab bukit jalil / Taman Equine / Kinrara forum wanitamelayu.com
walaupun baru setahun jagung ..telah berjaya mengumpulkan ahli dan dapat beramah mesra di Kembangan Paradise dimana salah sorang ahli i.i mamatina ada gerai satey di situ

Pada mulanya cadangan mengadakan aktiviti Exchange Gift bertemakan 'raya' ..Alhamdulillah EG dapat diserahkan sambil bertemu mesra
moga moga sillaturahim ini berpanjangan ....