Followers

Saturday, October 31, 2009

kuih traditional dah moden

yang dijual oleh Hjh salmah (jiranku)

bekal ambil koleksi dr kg .. kakak/adik ipar bawa

gambar diambil kat rumah jiran semasa bekunjung selawat/marhaban

TART ~ walau apapun rupa mu .... tatap menjadi pojaan hati ku :)
ada lagi gambar lain ... nnti upload lg ...

Sunday, October 25, 2009

lamanku

merakamkan hasil lada cameron yang pertama berbuah ... kecil jer buahnyer

Beberapa bulan lalu agak rajin mengambil biji benih dari lada lada yang dibeli di pasar .. biji lada cameron, cili api, lada biasa dikeringkan dan disimpan ... selang beberapa bulan baru dicambahkan. Banyak anak pokok yang terhasil ...tapi sayang sekali semua pokok pokok segar tersebut habis dimakan oleh binatang (mungkin siput b***i atau tikus agaknya) yang tinggal hanya 2 pokok dan ini adalah hasil buah yang pertama. Pokok yang ini juga agak kekuningan seperti nak mati ... tapi setelah dialih alih tempat akhirnya mengeluarkan buah.
Agak keciwa kerana banyak kali cuba menyemai cili api & lada biasa ...tumbuh ...tapi kemudian akan hilang dimakan oleh binatang ..habis dimakan daun, batang hingga ke akarnya

Wednesday, October 21, 2009

bukan kesian tapi jeles ridhwan beraya di kota london haha

Kak Madi (mak Ridhwan) bekalkan daun palas untuk Marina ni lah gambar yg buat kami jeles ...siap pegi car boot sales lagi ...

bersama keluarga Marina


baru sehari sampai dah berjalan sakan



3 hari sebelum aidil fitri anak abang telah bertolak ke kota London untuk melanjutkan pelajaran. Mulanya kesian bila tgk anak yang tak dapat berhariraya bersama keluarga ...tapiiii dalam kes Ridwan ni kami jadi jeles plak ...setelah tengok gambar dia kat sana .... apa taknya baru 2 hari berada di London ..dah macam 2 tahun duk kat sana ...

Ridhwan agak beruntung kerana kebetulan sepupu kami Marina (anak kepada MakChu Muar) sekarang sedang bertugas di sana ... jadi dapatlah Ridwan dan kengkawan berhariraya di rumah mak sedara sepupu ..kiranya ada famili di sana


Saturday, October 17, 2009

RENDANG SEDAP d Volgograd Russia


Pada minggu pertama Ramadan, Farhah terpaksa balik semula ke Volgograd setelah bercuti selama sebulan, dapatlah bawa balik PERENCAH RENDANG untuk persediaan raya ... 'Mak ramai yang kata Rendang sedap...' kata farhah :)
~ gambar di ambil dari facebook kawan Farhah ~


Alhamdulillah Razak (adik) bawa balik wireless broadband masa raya ..maka dapatla online dan berskype dengan Farhah pada malam raya pertama


Syukur juga kerana raya jatuh pada hari ahad maka dapatlah mereka menyambut hariraya di sana - tak macam tahun lepas terpaksa pergi ke kelas pada hari raya

Friday, October 16, 2009

Bulan Haji tiba lagi

tadi dapat panggilan dari mimi sahabat lama (sahabat masa sekolah rendah - sek keb penggaram BP)
'assalamualaikum khalidah ... apa khabar .. I nak minta maaf yer, I nak pergi haji 24hb ni....'

waa... rasa nak melayang nak pergi jumpa mimi sekarang juga .. insyAllah moga dilapangkn waktu ..nak jumpa juga bakal tetamu Allah ..

Malam ni surau AlHilal juga akan mengadakan majlis meraikan bakal bakal haji ... tak dapat tau lagi siapa yang bakal pergi tahun ni

Ya Allah permudahkan perjalanan dan ibadat mereka, rahmati mereka semoga mendapat haji yang mambrur

moga aku juga diberi peluang menunaikan dan menyempurnakan haji sebelum akhir hayatku ...amiin..

Tuesday, October 13, 2009

selamat




Semalam terkedu skjap selepas login kat blogspot ni ... tak tau nak susun ayat .. punya la lama tak mengirim kabar berita kat sini.
Sebenarnya ada banyak juga gmbr yang dimbil sepanjang dua bulan kebelakang ini ... nanti akan di kongsi satu persatu .. tak kiralaa walau berita basi yerk .. yg penting dapat sama sama kongsi apa berlaku :)

ERRRR.... Rasa macam tak sah plak tak bagi ucapan kerana dek lama sangat tak kemaskini blog (jangan gelak yer ... biar lambat asal selamat)

SELAMAT HARIRAYA MAAF ZAHIR BATIN kepada semua yang pernah mengenali atau pernah bertegur sapa di alam maya ini juga kepada semua kawan dan sedara mara yang pernah melawat blog ini

kepada pelanggan ... kalau terhutang seringgit dua (kebanyakan sebab kos pos) ..mohon dihalalkan ...Insy. kepada pembeli tegar akan diberi diskaun semampu boleh :)

Monday, October 12, 2009

LAKSAM







selepas terliur akhirnya dapat makan sepuasnyer... LAKSAM.. bukan buat sendiri... hehe
tapi dapat makan laksam yang sedap sesangat kat rumah Haraza di Gombak ... rindu dendam kat Haraza .. dapat juga memboloskan diri ke Gombak petang Selasa minggu ni
Menu Haraza mcm dulu dulu memang best ... laksam, nasi dagang, nasi kerabu .. menu masakan kelantan

Katanya ramai staf TM yang hadir waktu tengahari ..sayang tk dapat nak jumpa sebab dtg dah ptg .. dapatlah jumpa PnMinah & Norra yg tgh bersiap nak balik