Followers

Monday, February 02, 2009

sorotan Januari

sekejap jer dah masuk bulan Feb 2009
Memandangkan blog ni tidak begitu aktif dalam melaporkan kejadian kejadian maka
rasanya elok ditulis sorotan cerita bergambar yang sempat dirakamkan sepanjang bulan januari 2009



atuk bersantai depan Tv setiap kali lepas mandi ..
- Atuk di Pandan jaya - sepanjang bulan Jan atuk berada di KL ..



gambar pelamin rumah kak mai

25/1 - kenduri kawin - rumah kak Mai kawan sesama belajar kat surau .. majlis marhaban pagi tu
esoknyer..bertolak ke kampung hantar atuk balik


slip International Parcel .. ke Russia

- Parcel Ke Volgograd
Alhmadulillah selamat sampai ke tangan Fahah dgn selamat pada 12 jan
parcel dikirim pada 3 nov melalui pos laut - sebenarnya telah sampai pada 28 dis ..tp oleh kerana kat Russia bercuti 1-10hb, maka notis smpai kpd farhah agak lewat







16/1 hari lahir Firdaus

- Birthday Firdaus ... 25 tahun
sambut kat rumah jer ... beli kek & pizza .. makan anak beranak
Moga dimurahkan rezeki, panjang umur ..diberkati sepanjang hayat



dari Dis hingga Jan menyiapkan sulam Riben tutorial yg diberi oleh PnAnn


Pengantin 31/1

- kenduri kawin rumah Om & cik Ramli .. kedua dua ibubapa pengantin berasal dari batupahat.
dengarnyer ada 3 bas dari batupahat yg hadir kenduri ... tapi tak jumpa plak yer orang yg kenal dari kampung :)
mana pergi semua kengkawan lama kat batupahat ... rindu laa plak..



29/1 Quran baru utk Fahim beli kat kedai Mehraj ..Fahim pilih warna biru

- Fahim naik Quran
Alhamdulillah .. Fahim sekarang dah mengaji dgn Ustazah selepas sekolah agama ..ustazah kata Fahim dah lancar membaca ..oleh itu dah boleh naik Quran ..berita disampaikan selepas cuti raya cina ..Insy. minggu depan mak buat pulut kuning utk kawan kawan sekolah agama