Followers

Thursday, August 13, 2009

ramai yang dah pergi .....

Moga mereka semua diletakkan dikalangan roh orang orang soleh ...
moga kita juga nanti pergi dalam keadaan baik

Beberapa hari lagi Ramadan akan tiba
harini kita dikejutkan dengan pemergian Ustaz Asri Rabbani
memandangkan beliau ustaz selebriti ..ramai yang kenal ..pasti ramai yang mendoakan

beberapa minggu lalu anak angkat kepada kakak ipar pergi kerana kemalangan di Trengganu .. arwah Fendi seorang yang baik ... lembut bila bicara ..keluarga (isteri & anak anak) juga baik orangnya ..kali terakhir jumpa syawal lalu..

sebelum itu .. ibu kepada jiran (En Halim) telah kembali ... makcik ni masa ramadan lepas ..sama-sama bertadarus di surau ..masih sihat boleh jalan kaki ke surau ..tapi disaat akhir.. sakit dan disahkan ada kanser peparu .. tak lama beliau sakit

hari ini jugak ..dah >100 hari - ibu mertua kembali ..

itu yang dpt disenaraikan ... ada ramai lagi ... sepupu ... sepupu suami ..

bila waktu kita? aduh ... bersedia? ...

moga dipertemukan dengan ramadan
~~Marhaban Ya Ramadan ~~