Followers

Wednesday, June 16, 2010

Port Dickson - bercuti sekolah bersama 14 keluarga


hari pertama cuti sekolah 5 Jun 2010 kami bertolak dari destinasi berbeza menuju ke port Dickson. seramai 14 keluarga adik beradik dan anak sedara sebelah asben terlibat


semua sampai dalam jam 3 - 5 ptg ... aktiviti bebas ... santai sambil makan makan

agenda pertama kami sampai ..BBQ .. dgn bekalan yang dibawa



Lepas maghrib ..semua berkumpul ... baca doa utk arwah2
makan malam haritu nasi briyani ... dimasak oleh Puan Zainab kakak asben dari Muar



Acara cabutan bertuah dan pertukaran hadiah antara keluarga

ayoy menyampaiakn hadiah cabutan bertuah kepada rafidah diperhatikan oleh Mak Nab (caterer nasi briyani)
dan pada waktu tengah malam ...acara sembang sampai pagi dalam bilik Mak Nab .... :)

Thursday, April 08, 2010

jangan lebih 40 hari

hampir seratus hari tk kemaskini blog ... Insy. tak mau blog ni berkubur begitu sahaja.. tiba tiba teringat ...

Dalam satu majlis ilmu, ustazah menceritakan semasa Nabi Musa pergi ke Bukit Tursina, baginda telah pergi selama 40 hari .. ketika itu berlakulah peristiwa di mana salah sorang pengikut telah menggunakan sihir ke atas patung anak lembu sehingga patung tersebut boleh berkata kata .. peristiwa itu telah menyebabkan sebahagian pengikut tergugat akidah dan menyembah patung anak lembu tersebut.

(nanti akan diperbetulkan cara tulisan ini ... supaya lebih tepat ... berdasarkan buku tafsir AlBaqarah..)

Dan ustazah menyambung lagi .. berdasarkan peristiwa tsb .. sebahagian besar ulama berpendapat .. untuk menjaga aqidah kita ..maka kita janganlah lebih daripada 40 hari tidak menghadiri majlis ilmu ... ditakuti nanti aqidah/iman kita mudah tergugat maklumlaa syaitan kan dh berjanji akan sentiasa menyesatkan umat manusia ..

sekian utk post hari ini